Sinopsis The Experts (filem)

Mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Farid, Rozland, Amiruddin, Khairul, Emma kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar.